Selasa, 28 Julai 2020

Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah

Bekas Perdana Menteri Najib Razak tiba pada jam 9.35 pagi bagi mendengar keputusan berhubung kes penyelewengan wang berjumlah 42 juta ringgit milik SRC International Sdn Bhd di Mahkmah Jalan Duta.
KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini mendapati pasukan pembelaan bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbicaraan berkaitan SRC International gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa. 

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International.

Najib didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan kerajaan memberikan jaminan bagi pinjaman itu.

Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Akta memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - FMT

Loading...
Share This