Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Musa Aman dakwa raih majoriti mudah bentuk kerajaan baru di Sabah

Musa Aman (bersongkok) ditemani beberapa Adun yang menyokongnya mengadakan sidang media di Kota Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Beka...

Musa Aman (bersongkok) ditemani beberapa Adun yang menyokongnya mengadakan sidang media di Kota Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.

Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno.

“Langkah seterusnya ialah menemui gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada Adun kepada beliau,” kata Adun Sungai Sibuga itu pada sidang media di sini.

Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem.

Ini bermakna pembangkang yang kini mempunyai 20 kerusi akan mempunyai sokongan mencukupi untuk mendapat majoriti mudah 33 kerusi yang diperlukan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada berusia 27 bulan itu.

Menurut khabar angin itu, Musa yang merupakan ketua menteri paling lama berkhidmat akan kembali menerajui negeri itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ads Place