Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Kemelut politik Sabah: Kota Kinabalu terkawal - Polis

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini menafikan khabar angin berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku di Kota Kinabal...

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini menafikan khabar angin berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku di Kota Kinabalu akibat pergolakan politik di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi meminta orang ramai di sekitar bandar raya itu tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan di media sosial.

"Untuk makluman, keadaan di sekitar bandar raya ini terkawal dan tiada apa-apa yang berlaku seperti yang disebarkan melalui media sosial.

"Masyarakat khususnya di bandar raya ini supaya tidak mudah mempercayai mesej yang tidak benar," katanya.

Beliau berkata, masyarakat juga dinasihatkan supaya jangan menghebahkan berita atau mesej yang tidak benar.

"Polis memberi amaran kepada individu supaya tidak menyebarkan khabar angin hingga mencetuskan panik.

"Kita akan menyiasat mengenai penyebaran mesej palsu berkenaan," katanya.

Sejak pagi, satu mesej tular di media sosial kononnya mengatakan 'jangan keluar untuk jalan2 di bandaraya KK hari ini 30/07/2020 demi berjaga2 kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak dingini akibat keputusan pengumuman berita oleh pihak Istana (TYT) Negeri Sabah pd pagi ini'.

Ads Place