Selasa, 28 Julai 2020

Covid-19: Tiga lagi kes baharu di Sabah hari ini

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan tiga lagi kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import warga tempatan yang pulang dari Arab Saudi.

Dua daripada tiga kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan membabitkan dua warga tempatan yang dikesan melalui saringan berisiko tinggi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dan Hospital Lahad Datu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, pertambahan kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah dari Penampang, Papar dan Lahad Datu sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Sabah adalah sebanyak 392 kes.

Bilangan kes aktif yang masih dirawat di hospital di seluruh Sabah adalah sebanyak 11 kes iaitu empat di Penampang, tiga di Kota Kinabalu manakala di Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Papar masing-masing satu kes.

Beliau berkata, terdapat satu kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini adalah seramai 374 kes.

Sehingga kini, jumlah kes kematian di Sabah kekal dengan tujuh kes iaitu empat kes di Kota Kinabalu dan satu kes masing-masing di Tawau, Keningau dan Tambunan.

Di seluruh Malaysia, sebanyak 39 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 8,943 kes.

Kes baharu itu terdiri daripada tiga kes import dan 28 kes import.

Loading...
Share This