Sabtu, 25 Julai 2020

COVID-19: Kuching diisytihar Zon Merah

KUALA LUMPUR: Kuching, Sarawak, kini diisytiharkan sebagai Zon Merah selepas mencatatkan 41 kes COVID-19, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat lagi kes baharu dikesan dalam Kluster Sentosa dengan hospital berkenaan telah ditutup kepada orang awam.

"Semua kakitangan dikuarantin di dalam hospital itu. Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan.

"Seramai 677 individu telah disaring dan diuji. Daripada jumlah itu, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching telah menjadi Zon Merah," katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Loading...
Share This