Rabu, 17 Jun 2020

'Warisan Bantah Cadangan Anwar PM, Mukhriz TPM'

ANTHONY LOKE
DAP hari ini mendedahkan perancangan berkenaan kebuntuan dalam "PH plus" dalam soal calon perdana menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi bagi jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH dan justeru cadangan baru dibangkitkan, iaitu Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.

Warisan bantah kombinasi Anwar-Mukhriz

Menurut Loke, ketika mesyuarat "PH plus" pada 9 Jun, kedua-dua pilihan itu dibincangkan dengan Warisan membantah kombinasi Anwar-Mukhriz dan Mahathir mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin.

Satu mesyuarat susulan dibuat pada 13 Jun, di mana DAP dan Amanah menyokong kombinasi Mahathir-Anwar memandangkan kombinasi Anwar-Mukhriz tidak lagi boleh diteruskan. PKR pula memutuskan untuk menangguhkan keputusannya. - KiniTV

Loading...
Share This