Jumaat, 19 Jun 2020

Warga emas rentung kebakaran di Tongod


TONGOD: Seorang wanita warga tua rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Namukon, dekat sini, malam tadi.

Mangsa, Yang Gimbo, 76, ditemukan rentung dalam kebakaran kira-kira pukul 10 malam itu.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama beberapa ahli keluarga, namun tidak sempat menyelamatkan diri susulan api yang terlalu marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata enam anggota bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi itu yang terletak 170 kilometer (km) dari balai sebaik menerima panggilan pada pukul 10 malam.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah kayu dan api dapat dikawal pada pukul 1.04 pagi.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini. - Borneo Today

Loading...
Share This