Sabtu, 6 Jun 2020

Tiga sekeluarga cuba bunuh diri kerana tekanan hidup di Menggatal

KOTA KINABALU: Akibat tidak mampu menangani tekanan hidup, tiga individu dipercayai sekeluarga cuba membunuh diri di flat Seri Indah, Menggatal awal pagi tadi.

Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 26 hingga 60 tahun mengurung diri di dalam rumah flat tersebut sambil membiarkan gas petroleum cecair (LPG) terbuka.

Walau bagaimanapun, tindakan mereka gagal apabila pihak bomba berjaya menenangkan dan menyelamatkan mereka.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.48 pagi.

“Pasukan Bomba bertindak memasuki rumah mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan berjaya memujuk dan menenangkan mangsa.

“Seterusnya kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan selanjutnya,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.06 pagi. - Borneo Today

Loading...
Share This