Selasa, 23 Jun 2020

Tiga anggota Tentera Laut maut dalam kemalangan dekat Kg Kiau Kota Belud

REMUK.. Lori yang dinaiki remuk dalam kemalangan itu
KOTA KINABALU: TIGA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Sandakan maut manakala seorang lagi anggota parah selepas lori tentera dinaiki mereka terbabas di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Kiau, Kota Belud, pada Selasa.

Image may contain: outdoor


Mereka yang maut Laskar Kanan Maslim Abdul Rahim, Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas 1 Muhammad Arif Idris.

Mangsa yang parah dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Ranau iaitu Laskar Kelas II Vincent M Orel.

Difahamkan semua mereka dari Markas Wilayah Laut 2 Sandakan dalam perjalanan menghantar peluru ke Kota Kinabalu.

Sepasukan polis masih berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kemalangan berkenaan.

Image may contain: one or more people and outdoor


Berita Selanjutnya Menyusul

Loading...
Share This