Rabu, 10 Jun 2020

Surat terbuka anak sepanggar kepada YB Azis

Surat Terbuka Kepada Kekanda YB Azis Jamman, Ahli Parlimen Sepanggar

Assalamualaikum YB,

Saya tidak faham YB ini berabis hentam PM Tan Sri Muhyiddin sekarang. Bagus lagi PM dari Kerajaan Perikatan Nasional sekarang ada bagi RM1600, ada bagi subsidi upah, bantuan ekonomi dan banyak lagi bantuan sama rakyat Sepanggar yang bekas PM dari Pakatan Harapan bagi apa sama rakyat Sepanggar selain daripada e-wallet RM30?

Kalau mahu cerita pasal mandat rakyat YB. Untuk pengetahuan YB dan YB tahu sendiri kerajaan negeri Sabah ini bukanlah terbentuk dari mandat rakyat. Yang menang majoriti kerusi DUN ialah BN bukan PH tapi itulah soal melompat-lompat ini norma kepada politik Sabah. Jadi kalau berani kembalikan mandat rakyat Sabah. Jadi YB berhentilah cerita pasal mandat rakyat.

Lepas itu YB cakap bahawa pertuduhan kes Tan sri Musa ditarik balik tidak patut. Saya cakap patut dan adil sebab badan kehakiman, perundangan dan SPRM kita juga pernah tarik balik kes rasuah DSP Shafie dan ke rasuah SPRM YB sendiri sampai sekarang tiada dibicara. Jadi mana yang tidak adil? atau adil itu hanya wujud untuk pihak YB sahaja?

Baik sekarang ini daripada YB sibuk cari salah orang dan berpolitik. Baik fokus dulu bantu orang Sepanggar yang kehilangan kerja dan kerugian dari segi perniagaan selepas berlakunya krisis Covid19 ini.

Itu jalan raya Sepanggar yang banyak lubang bila mahu selesaikan yang bahayakan nyawa anak sepanggar untuk cari rezeki? Isu PPR yang tidak selamat dan masih sewa selama-lamanya bila mahu selesaikan? Isu rumah setinggan? Banyak isu rakyat Sepanggar ini lagi YB tidak selesaikan. Jadi tolonglah tengok kami rakyat Sepanggar ini daripada hanya mahu main politik sentimen dan hanya mahu selamatkan golongan politikus yang lain. Tolonglah selamatkan rakyat Sepanggar YB.

YB ada baca beritakah pasal cubaan bunuh diri dari rakyat Sepanggar? YB sepatutnya risau soal ini. YB kena cari tahu kenapa hal ini berlaku. YB kena bantu rakyat yang dalam keadaan tertekan dari segi ekonomi. Lain lagi ibu tunggal dan suami yang kehilangan kerja disebabkan banyak kedai di 1 Borneo tutup YB. Tolong bantu mereka YB. Saya masih tertunggu-tunggu kenyataan akhbar YB sebut sikit pasal kebajikan rakyat Sepanggar walau pun satu ayat YB. Tapi tiada dan saya sangat kecewa YB.

Saya yakin rakyat Sepanggar sokong YB bukan sebab mahu YB berpolitik "gila-gila" semasa krisis ini tapi mahu YB berjuang untuk kebajikan rakyat Sepanggar semasa krisis ini.

Dari rakyat Sepanggar kepada rakyat Sepanggar!

Yang benar,
Anak Muda Sepanggar

Loading...
Share This