Jumaat, 12 Jun 2020

SPRM cari pegawai khas kepada bekas menteri dari Sabah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataan berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd Minggu@Mohd Hisham, 29, dan beralamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Saifullah diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat fairulaswan.salleh@sprm.gov.my.

- Bernama

Loading...
Share This