Khamis, 4 Jun 2020

Shahruddin letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

"Ya, betul saya meletakkan jawatan," katanya ringkas kepada BH menerusi WhatsApp yang mengesahkan perkara itu.

Hari ini, tular dalam media sosial surat peletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

"Dengan rasminya, saya mengumumkan meletak jawatan perkara di atas berkuat kuasa mulai hari ini.

"Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat, iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri daripada kerajaan PN," katanya dalam surat berkenaan. - Berita Harian

Loading...
Share This