Khamis, 11 Jun 2020

Sembilan tahanan lelaki larikan diri dari PTS Sibuga

SANDAKAN, 11 Jun --  Sembilan tahanan lelaki warga Filipina melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata tahanan berumur 18 hingga 43 tahun itu melarikan diri melalui tingkap sebuah tandas di PTS itu dengan merosakkan jeriji tingkap.

"Kesemua tahanan yang melarikan diri terlibat dalam kes Imigresen dan dalam proses pengusiran ke Filipina.

"Operasi mengesan kesemua tahanan yang melarikan diri telah dilancarkan oleh pihak polis sejurus dimaklumkan tentang kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tahanan terbabit diminta berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di talian 089- 212222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Loading...
Share This