Sabtu, 6 Jun 2020

Selepas Darell dan Azis, giliran Jaujan pula dilantik Timbalan Pengerusi SEDIA

Jaujan Sambakong
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) berkuatkuasa pada 20 Mei 2020.

Terdahulu dua pemimpin WARISAN dilantik menjadi pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di negeri ini.

Datuk Darell Leiking dilantik Pengerusi Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) serta Datuk Mohd Azis Jamman dilantik Pengerusi Warisan Harta Sdn Bhd.

Jaujan pada kelmarin menerima satu kunjungan hormat daripada pihak SEDIA.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Naib Presiden Bahagian Pemasaran dan Komunikasi SEDIA Jesi Jolumis Majungki, Timbalan Naib Presiden Pentadbiran dan Jabatan Perkhidmatan SEDIA Iwan Hermawan Hj Masrul dan Eksekutif Undang-Undang SEDIA Sue Rachelle Paul.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap KKTP Stanley Chong.

Jaujan (tengah) bersama Iwan (kiri), Stanley (dua kiri), Jesi (dua kanan) dan Sue (kanan) merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan hormat itu.

Loading...
Share This