Ahad, 7 Jun 2020

Sekolah dibuka berperingkat - PM

KEMENTERIAN Pendidikan akan mengumumkan mengenai pembukaan semula sekolah sedikit masa lagi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

"Bagi ibu bapa yang ada anak yang bersekolah, pastinya saudara-saudari tertanya-tanya bila sekolah akan dibuka.

"Untuk makluman saudara-saudari, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

"Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi," katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Loading...
Share This