Rabu, 10 Jun 2020

Polis pangkat sarjan, isteri antara 6 maut dalam kemalangan di Lahad Datu

PASUKAN penyelemat berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaaan di Jalan Membatu, Lahad Datu. - BES TAWAUfm
LAHAD DATU; 10 JUN 2020 (Rabu) - Seorang anggota Polis berpangkat Sarjan bertugas di Balai Polis Cenderawasih Lahad Datu dan isterinya antara enam maut yang terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Membatu, Lahad Datu - Tungku, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 8.30 pagi, mangsa berumur 50-tahun yang memandu sebuah pacuan empat roda bersama isteri 39 tahun, empat lagi mangsa lain iaitu pemandu lori berumur 64-tahun serta seorang wanita dan dua lelaki berumur 22 hingga 35 tahun yang berada di sebuah motokar meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal di tempat kejadian kemalangan mendapati sebuah sebuah lori yang membawa muatan minyak Diesel dari arah Lahad Datu ke Tungku manakala motokar dan pacuan empat roda berkenaan dari arah bertentangan.

Beliau berkata, Lori berkenaan telah hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan dua kenderaan terbabit.

Kemalangan mengakibatkan lori terbabas ke gaung sebelah kanan manakala pacuan empat roda dan motokar berada di atas jalan di laluan Lahad Datu ke Tungku.

Menurut ACP Nasri, kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes masih diteruskan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PBK I Abu Bakar Taraji yang dihubungi pemberita RTM berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pukul 8.51 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota respon ke lokasi menggunakan dua kenderaan termasuk FRT.

Sebaik tiba 9.38 pagi, pihaknya kemudian melakukan operasi Penyelamatan mangsa termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, setelah selesai menjalankan kerja-kerja penyelamatan, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan jalanraya.

Operasi kemudian ditamatkan pukul 3.42 petang.

#BESTAWAUfm

Loading...
Share This