Selasa, 9 Jun 2020

Peter Anthony beri keterangan kepada SPRM Sabah

KOTA KINABALU, 9 Jun -- Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk memberi keterangan.

Beliau dilihat tiba di pejabat berkenaan pada pukul 10.20 pagi dengan ditemani peguamnya Cedric Choo dan selesai memberi keterangan pukul 5.20 petang. 

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan, Peter berkata ia adalah proses biasa dalam memberi keterangan kepada SPRM, susulan ada laporan yang dibuat oleh pihak tertentu. 

"Ini adalah keterangan mengenai beberapa projek berkaitan dengan kerajaan negeri, saya sedia bekerjasama, dan akan datang pada bila-bila masa untuk memberi keterangan," katanya. 

-- BERNAMA

Loading...
Share This