Rabu, 10 Jun 2020

Penduduk Labuan, Sabah dikecualikan jalani ujian COVID-19 untuk masuk ke Sabah

KOTA KINABALU, 10 Jun -- Penjawat awam, pekerja sektor swasta, penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (WP) dan penduduk Sabah yang berada di pulau bebas  itu dikecualikan menjalani ujian COVID-19 apabila masuk ke negeri di bawah bayu ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengecualian itu dibuat selepas kerajaan negeri hari ini memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah sama ada melalui udara dan laut.

Bagaimanapun, bagi mereka yang bukan penduduk Sabah dan bukan warganegara Malaysia diwajibkan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

"Antaranya mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah setibanya di  Sabah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

-- BERNAMA

Loading...
Share This