Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Mayat lelaki ditemukan di kebun

TUARAN: Seorang pemilik kebun terkejut sebaik menemukan mayat lelaki di kawasan berhampiran sini semalam. Ketua Polis Daerah Tuara...

No photo description available.

TUARAN: Seorang pemilik kebun terkejut sebaik menemukan mayat lelaki di kawasan berhampiran sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi sebelum saksi menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan mendapati mayat lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring di atas tanah.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa dan dokumen penting termasuk MyKad serta wang milik mangsa masih ada,” katanya.

No photo description available.

Menurutnya mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut termasuk pemeriksaan COVID-19 serta proses bedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kematian sebenar mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. - Utusan Borneo

Ads Place