Sabtu, 20 Jun 2020

Lagi kemalangan di Jalan Papar Lama

Image may contain: one or more people, car and outdoor

PAPAR: Satu kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di Kilometer 23 Jalan Papar Lama – Kota Kinabalu yang berlaku pukul 6:30-pagi tadi berhampiran dengan lokas kejadian kemalangan yang meragut tiga nyawa dalam satu kemalangan berasingan, semalam di Kilometer 22.

Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Viva dan Perodua Bezza dan tiada sebarang kecederaan dialami kedua-dua pemandu lelaki berkenaan. Ia berlaku apabila salah sebuah kereta memasuki aliran trafik bertentangan.

Image may contain: car, sky and outdoor

Ketika dihubungi wartawan RTM di Kota Kinabalu, Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Anak Umpit mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian ini.

Berdasarkan laporan awal, pemandu Perodua Bezza dari arah Kota Kinabalu telah hilang kawasan dan bergesel bahagian kanan pemandu Perodua Viva yang menuju ke Kinarut.

Sumber /Foto : Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew A/k Umpit / Berita RTM Sabah


Loading...
Share This