Selasa, 16 Jun 2020

Klinik pergigian di Putatan terbakar sebelum meletup

KLINIK pergigian di Putatan yang rosak selepas berlaku letupan kecil.  FOTO Juwan Riduan
SEBUAH klinik pergigian terbakar sebelum meletup dalam kejadian di Putatan, Penampang, tengah hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, letupan menyebabkan dinding belakang klinik roboh selain pintu kaca di bahagian hadapan berkecai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.05 tengah hari.

Beliau bekrata, sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, klinik pergigian terletak di tingkat satu itu didapati rosak teruk di bahagian depan dan belakang premis.

"Api berjaya dipadam orang awam menggunakan alat pemadam api dan kami melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca boleh mencetuskan kebakaran atau letupan semula," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan kebakaran kecil dan letupan dipercayai daripada bahagian makmal klinik berkenaan.

Katanya, bahagian Forensik JBPM masih menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran serta letupan berkenaan.

Loading...
Share This