Jumaat, 19 Jun 2020

Kepercayaan Rakyat : “Sabah Old Deal” Memakan “Sabah New Deal”


1) Kalau bercerita tentang “new” kita kena juga bercerita mengenai “old” bagaimana yang “old” ini sangat penting untuk membina keyakinan. Sebagai contoh bila kita bercerita mengenai Iphone yang banyak versinya yang lama pun bagus tetapi mereka mengeluarkan produk yang lagi bagus untuk mengatasi kelemahan kepada iphone yang “old” cerita ini daripada iphone 4 sampailah yang terbaru Iphone 11 pro max pro.*AMARAN PENULISAN PANJANG*

2) Ada kelemahan mereka baiki dan bagi dengan kelebihan – kelebihan yang baharu. Jadi bayangkan kalau produk yang lama tidak berkualiti adakah orang akan beli produk yang baru daripada jenama yang sama? Persoalan analogi ini penulis bagi kepada membaca kaitkan untuk isu ini.

2) Berbalik kepada isu yang saya mahu ulas mengenai pakej rangsangan yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah DSP Shafie. Pakej rangsangan ekonomi “Sabah New Deal”(SND). Tahniah dan terima kasih Ketua Menteri Sabah atas usaha ini. Tetapi penulis ingin menyatakan beberapa persoalan, isu, dan idea.

4) Cabaran Ketua Menteri Sabah sekarang ialah kena selesaikan mengenai “Sabah Old Deal”(SOD) yang mempunyai masalah dan kelemahan yang masih belum diselesaikkan menyebabkan rakyat tidak percaya mengenai cerita “Sabah New Deal ini” kelemahan terbesar dalam yang penulis lihat ialah Sabah tidak mempunyai data yang lengkap mengenai rakyat negeri Sabah yang layak menerima bantuan. Apabila masalah data maklumat ini wujud di pakej rangsangan SOD menyebabkan ramai yang masih tidak mendapat bantuan kewangan tunai walaupun sudah mengisi secara online atau borang.

5) Hal ini bertambah teruk lagi apabila kerajaan negeri sendiri cakap bajet yang ada tidak mampu untuk menampung jumlah. Nampak kerajaan negeri sebelum berbelanja mereka tidak mengira jumlah yang patut terima tetapi mereka hanya sesuka hati meletakkan jumlah tidak melandaskan data. Tolonglah perkasakan sistem data ini! supaya yang susah tidak tercicir!

6)Perkara boleh mungkin dipandang kecil dengan alasan banyak juga menerima tetapi kita jangan lupa kepada mereka yang memerlukan dari hari mereka memohon sampai hari ini ada yang tengok jumlah duit mereka adakah sudah masuk atau belum sampai ATM pun kesian tengok rakyat. Jadi sila selesaikan semua pemohon yang layak untuk rakyat sabah di semenanjung, bantuan petani, orang tua dan banyak lagi yang belum selesai.

7) Masalah – masalah SOD ini tidak diselesaikan menyebabkan rakyat sukar untuk percaya dengan perkara yang baru SND. Dalam “ Sabah New Deal” (SND) Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM240Juta untuk rakyat Sabah. Kearah pendigitalan ekonomi peruntukkan sebanyak RM95Juta, Sektor Pertanian RM59.3Juta, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) RM21.8 Juta, Sektor Pelancongan RM22Juta, sektor hartanah RM20juta, penangguhan dan pengecualian banyaran RM0.75juta dan Langkah percegahan Covid19 RM30Juta.

8) Walaupun kita tengok SND ini masih baru ada persoalan -persoalan dan cadangan saya mahu utarakan. Kta tahu semenjak Wabak Covid19 melanda kita memang bergerak ke arah digital ekonomi. Bila bercerita mengenai pendigital ekonomi persoalan terbesar daripada penulis adakah kita persedia? Bangaimana mereka yang berada di luar bandar? Isu terbaru mengenai mahasiswa panjat pokok untuk ambil peperiksaan online.

9) Sudah kita tahu kita perlu banyak lagi pecawang – pencawang internet. Kita perkasakan dahulu untuk memastikan pengisian digital ekonomi. “Salah kerajaan dahulu” kalau cakap begini sampai bila-bila pun kita takkan pernah untuk berusaha buat. Selama kerajaan baharu memerintah beberapa pencawang yang sudah dibuat? Satu pencawang ini tidak sampai berbulan-bulan untuk buat. Kalau kerajaan negeri bijak tentu boleh tambah pencawang ini.

10) Sebagai contoh dulu di Kota Belud masalah line teruk kita tengok sekarang U-Mobile hanya 4G di Kota belud dan bukan daerah lain. Jadi tidak mustahilkan untuk daerah semporna dan daerah - daerah lain kan? Di Sepanggar ini pun pandai hilang-hilang tahu.

11) Tolonglah bagi perincian tentang bajet disetiap sektor. Duit ini juta-juta kami sebagai rakyat mahu tahu bagaimana dibelanjakan. Paling penting rakyat mahu tahu bagaimana mahu terlibat dan mendapat dana ini. Bagaimana kaedah memohon? Dan bila bajet ini diberikan ? khusus untuk bantuan digital ekonomi untuk IKS dan sektor pertanian. Jangan jadi macam kerajaan pasir berdegung yang hanya dibagi kepada para proksi dan mereka yang berkepentingan sahaja.

12) Harap SND ini ada laporan yang lengkap. Untuk SOD pun tidak salah kalau mahu bagi laporan mahu juga rakyat nilai gagal, lulus untuk dibagi gred A,B,C kepada kerajaan negeri Sabah.

13) Sebelum penulis terlupa, Pasal digital ekonomi kita bercakap mengenai menjual produk secara online. Kerajaan tahukah bahawa kita di Sabah ini banyak membeli barang daripada semenanjung Malaysia? Di Sabah berapa banyak IKS atau peniagaan yang terlibat dalam perniagaan online yang Berjaya? Kerajaan negeri atau beberapa badan harus ambil tahu perkara ini.

14)Nanti kita sedia jalan digital ekonomi tapi orang kita masih tidak boleh bersaing disebabkan program pembangunan usahawan atau kemudahan internet kita masih lemah.

Ada beberapa keluahan mengenai isu barang yang dibeli secara online datang lambat dan apabila barang sampai ditengok macam bukan barang sudah. Bukan mahu salahkan siapa-siapa dalam hal ini cuba kerajaan juga perlu cari tahu dan memperbetulkan masalah ini.

15) Kalau gudang pos laju tak besar kita bagi besar. Kalau trip kapal terbang hantar barang dari semenanjung kurang kita tambah. Kena pasti kenapa dan tolong perkasakan. Perkasakan juga ini di masalah hadapan supaya kita lebih bersedia dalam pendigitalan ekonomi. Kalau saya juga mahu buat bagilah saya kerusi kamu. hahaha

16) Kesimpulannya, tolong selesaikan isu-isu pakej bantuan Covid19 Sabah “Old Deal Sabah”(ODS) supaya “Sabah New Deal” dipercayai. Jadi masih percaya dengan produk ini? Atau mahu ubah juga? banyak mahu tulis takut pula mark fb pening baca. hahaha btw siapa ada iphone lebih? pinjam mahu buat video. hahaha gurau2*

Assalamualaikum!
“Sabah Maju Jaya”!

#AnakmudaSabah
#AnakmudaSepanggar

Loading...
Share This