Khamis, 4 Jun 2020

Isu dan penyelesaian bantuan negeri Sabah

Zainald Zainuddin
ARTIKEL PILIHAN

Isu pemberian bantuan kewangan kerajaan negeri kepada rakyat miskin, miskin tegar dan B40. (Kerajaan negeri belum bersedia?) 

Pertama sekali saya sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin kepada nasib rakyat Sabah.

Persoalan terbesar adakah kerajaan Negeri Sabah bersedia dalam memberi bantuan ini kepada rakyat? 

Apakah kaedah pemberian?
Adakah kerajaan negeri mempunyai data lengkap merangkumi nombor telefon dan bank akaun penerima merujuk kepada rakyat Sabah?

Adakah releven/sesuai kerajaan negeri bergantung sepenuh dengan data E-kasih dan kebajikan untuk memberikan bantuan? 

Ringkasan bantuan;
a)RM80Juta untuk B40 iaitu "one off" sebanyak RM300 melibatkan 

i) 30,000 Orang Sabah yang berkerja di semanjung

ii) 13,132 Orang Pemandu Teksi Sabah

iii) 169,630 Orang perkebun, nelayan, dan perternak Sabah

iv) 339 Orang Porter dan malim gunung Sabah

v) 6500 Orang ibu tunggal

vi) 62638 Orang warga tua, anak yatim, dan OKU. 

b)RM20Juta untuk miskin dan miskin tegar "one off" sebanyak RM500 melibatkan seramai  22456 ketua isi rumah miskin dan 15747 ketua isi rumah miskin tegar.

Maaflah kena juga tulis fakta supaya kita tidak lupa dan yang menyatakan ini juga tidak lupa. Baiklah, banyak persoalan yang bermain di media sosial oleh rakyat Sabah berkenaan isu ini.

Baca Juga: Saya minta maaf sebab ada yang terlepas terima bantuan - Shafie

Pandangan, kritikan, dan cadangan untuk persoalan diatas, 

1) Hari ini genap hari ke-15 perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan. Tetapi masuk hari ini masih lagi rakyat yang memerlukan bertanya bila bantuan - bantuan masuk? Ramai yang berharap bantuan ini masuk  segera agar mereka dapat membeli makanan asas untuk meneruskan hidup. 

2) Makin hari makin mengaus sebab sudah diumumkan tapi masih belum ada kata putus proses dan penerangan bagaimana bantuan ini disampaikan. Mungkin ada yang sudah menerima seperti ada poster yang sudah dinaikkan tetapi saya kurang pasti sudah betul-betul sampai atau tidak (kalau ada kawan yang sudah terima boleh komen dibawah) 

2) Jika benar Kerajaan negeri  tidak mempunyai data sendiri rakyat miskin, miskin tegar dan B40 di Sabah. Ini merupakan satu kekangan besar dan amat mustahil duit akan sampai kepada rakyat. Pilihan yang kerajaan negeri ada untuk bantuan rakyat miskin dan miskin tegar ialah memohon ihsan kepada daripada sistem E-kasih. (ini yang disebut2) 

3) Adakah sistem E-kasih akan menyelamatkan keadaan dengan bekalan data? Kita kena ingat E-kasih bukan ditubuhkan untuk menghadapi krisis bencana Covid-19 yang menyediakan data lengkap seperti akaun bank dan boleh menyesuaikan data kemiskinan mengikut situasi krisis.

4) Kena ingat yang kawan - kawan, E-kasih juga bukan badan yang memberi bantuan E-kasih hanyalah bank data kemiskinan nasional untuk memudahkan agensi pemberi bantuan mengenalpasti rakyat miskin dan miskin tegar yang layak terima bantuan. 

5) Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

4) Persoalannya sekarang, adakah sesuai menggunakan data E-kasih untuk menyalurkan bantuan? Bagi pandangan penulis ianya tidak sesuai boleh jadi mereka yang B40 jatuh menjadi status miskin selepas krisis COVID-19 ini disebabkan oleh kehilangan kerja atau tidak dapat menjalankan perniagaan. 

6) Persoalan seterusnya, untuk bantuan B40 iaitu 30,000 orang Sabah yang berkerja di semenanjung. Adakah kerajaan negeri ada data ini? Setahu penulis belum ada usaha lagi untuk kerajaan negeri mengumpul data ini dan bagaimana kita mengenalpasti mereka ini memerlukan? 

7) Cadangan penulis, wujudkan satu pangkalan data bersepadu untuk rakyat Sabah yang merangkumi semua kelas ekonomi. Bagi mendapat data yang sebenar kerajaan negeri Sabah perlu membuka portal pendaftaran online dan gerakkan agensi negeri setiap tahun bagi dapatkan data rakyat Sabah yang kehilangan kerja, pendapatan, rakyat sabah yang baharu jadi ibu tunggal, rakyat sabah yang berniaga, rakyat sabah yang kerja di semenanjung dan Dll. (plan long term) 

8) Jika berlaku krisis seperti ini, Sabah sudah bersedia dan dapat memastikan tidak ada yang tercicir daripada mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri Sabah. 

9) Kerajaan negeri Sabah harus membuat usaha sendiri untuk mengumpulkan data kemiskinan dan data B40 sendiri dan bukan bergantung sepenuhnya kepada agensi dari persekutuan. 

10) Cadangan untuk masa yang singkat ini kerajaan negeri terpaksa bergantung dengan data penerima BSH dari LHDN dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat dengan segera. (ini pun bukan mudah kerana memerlukan birokrasi, kerana tertakluk dengan akta) 

11) Bagi bantuan khas B40 kerajaan Sabah dicadangkan buka pendaftaran online / manual mengikut majlis daerah untuk rakyat. Lebih untuk mereka yang berkerja di semenanjung, golongan perkebun, nelayan, perternak, anak yatim, ibu tunggal, pemandu teksi, dan malim gunung. Kerajaan negeri perlu bantuan daripada agensi. Data ini juga boleh digunakan untuk masa akan datang jika kita menghadapi krisis.

Maaf kerana terpaksa membaca panjang! Apapun doakan semua dalam keadaan yang baik!

Saya tahu semua marah bantuan tidak masuk, inilah saya nyatakan masalah dan padangan saya yang kerdil ini. Harap ini boleh membuka mata dan fikiran kita dan kerajaan negeri Sabah di masa akan datang. 

Semoga Sabah dan Sabahan semua dilindungi Tuhan

Sekian
Zainald Zainuddin
KK, Sabah

Loading...
Share This