Rabu, 10 Jun 2020

Isnaraissah nafi keluar Warisan, sokong PN

KOTA KINABALU, 10 Jun  -- Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis hari ini menafikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Isnaraissah Munirah yang juga Ketua Wirawati Warisan dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu adalah tidak benar dan beliau juga terkejut apabila ada portal berita menyatakan empat ahli Parlimen Warisan bakal keluar parti termasuk seorang wanita yang viral sejak petang semalam.

”Saya adalah satu-satunya ahli Parlimen wanita daripada Warisan dengan ini menafikan saya akan keluar parti dan menyokong PN.

“Saya adalah antara penggerak awal parti yang menjelajah seluruh negeri sejak 2016 demi masa hadapan orang Sabah yang lebih baik.“Gelaran Yang Berhormat yang ada pada saya sekarang adalah atas kepercayaan masyarakat serta parti Warisan itu sendiri dan saya tidak akan mensia-siakannya,” katanya.

Isnaraissah Munirah yang juga bekas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar berkata demikian sebagai mengulas perkara itu yang tular dalam media sosial sejak petang semalam.

-- BERNAMA

Loading...
Share This