Sabtu, 6 Jun 2020

Gunting rambut, salun kecantikan dibenar operasi 10 Jun

PUTRAJAYA: Perkhidmatan gunting rambut dan salun kecantikan dibenarkan beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula 10 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sumbangan sektor berkenaan yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah Rm13.5 bilion setahun.

"Sektor ini membabitkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

"Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka," katanya.

Loading...
Share This