Jumaat, 5 Jun 2020

Gerhana bulan Penumbra esok

RAKYAT Sarawak berpeluang menyaksikan gerhana bulan Penumbra yang akan berlaku esok, menurut Jabatan Mufti Negeri Sarawak hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu berkata, gerhana bulan Penumbra boleh dilihat bermula jam 1.45 pagi dengan kemuncaknya pada 3.24 pagi dan berakhir pada 5.04 pagi pada magnitud -0.41.

"Fenomena ini berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan Penumbra iaitu kawasan yang hampir sejajar dengan matahari dan bumi.

"Gerhana bulan Penumbra ini berlaku pada fasa bulan penuh dan cahaya bulan menjadi suram akibat daripada cahaya matahari yang terlindung dengan bumi," kata kenyataan itu.

Jabatan Mufti itu memaklumkan walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak perlu dilaksanakan.

Loading...
Share This