Selasa, 30 Jun 2020

Gempa Bumi lemah landa Kudat pagi ini

KUDAT: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.7 pada skala Richter berlaku di Kudat pada jam 9.58 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, pusat gempa bumi terletak di 6.92 Utara dan 116.7 timur pada kedalaman 47 kilometer (km) berpusat di Kudat.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.

Loading...
Share This