Selasa, 30 Jun 2020

Ancaman wabak selesema khinzir baharu

Washington: Pasukan penyelidik di China menemui sejenis selesema khinzir baharu yang mampu mencetuskan pandemik.

Penemuan itu hasil kajian jurnal sains Amerika Syarikat, Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) yang diterbitkan pada Isnin.

Dinamakan sebagai G4, ia genetik yang berasal daripada strain H1N1 yang menyebabkan pandemik pada 2009.

"Ia memiliki 'semua ciri penting yang sangat sesuai untuk menjangkiti manusia'," kata penulis, Saintis di universiti-universiti China dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China.

Sejak 2011 hingga 2018, penyelidik mengambil 30,000 swab sampel hidung daripada khinzir di rumah sembelihan di 10 wilayah di China dan hospital veterinar, yang membolehkan mereka mengasingkan 179 sampel virus berkenaan.

Majoriti sampel itu menunjukkan dominan kepada khinzir sejak 2016.

Penyelidik kemudian membuat pelbagai eksperimen termasuk terhadap musang yang banyak digunakan dalam kajian selsema kerana haiwan itu mengalami gejala sama dengan manusia seperti demam, bersin dan batuk.

G4 diperhatikan sangat mudah menular dan meniru sel manusia yang menyebabkan gejala lebih serius kepada musang berbanding virus lain.

Keputusan ujian juga menunjukkan sebarang bentuk imuniti manusia daripada pendedahan musim selesema tidak memberikan perlindungan dari G4.

Berdasarkan ujian darah pula menunjukkan antibodi yang tercipta daripada pendedahan virus mendedahkan 10.4 peratus pekerja ladang khinzir dijangkiti.

Ia sekali gus memberi gambaran jelas sebanyak 4.4 peratus populasi umum juga bakal terdedah.

Loading...
Share This