Jumaat, 29 Mei 2020

Tun M nak pecat Muhyiddin

Dr Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. FOTO Asyraf Hamzah
TUN Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Katanya perkara itu akan dilakukan menerusi mesyuarat berkenaan.

"Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)," katanya pada sidang media khas hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang tadi berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.

Berikutan perubahan itu, difahamkan, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri itu bergerak ke sebuah hotel di ibu negara.

Sidang media Dr Mahathir itu turut dihadiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr Mazslee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir berkata, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli Umno yang menyertai Bersatu.

"Parti sudah buat keputusan bahawa orang Umno yang masuk Bersatu mesti melalui satu proses.

"Orang Umno tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin adalah salah," katanya.

Loading...
Share This