Khamis, 28 Mei 2020

Tun M, empat yang lain dipecat daripada BERSATU

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin dipecat keahliannya daripada parti itu.

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

TIMBALAN Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri); Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat bertarikh semalam itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerja BERSATU, Muhammad Suhaimi Yahya.

"Maka dengan ini dimaklumkan bahawa menurut pasal 10.2.2 dan fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, keahlian YB Tun dalam BERSATU adalah terhenti serta merta," menurut surat atas nama Dr Mahathir itu.

Loading...
Share This