Khamis, 7 Mei 2020

Shafie sahkan hantar surat usul undi sokong Tun M sebagai Perdana Menteri

BELURAN: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan surat tular berhubung usul undi percaya di Dewan Rakyat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki sokongan majoriti ahli dewan sebagai Perdana Menteri.

Namun, beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna tidak mengulas lanjut dan berkata, tunggu semasa Dewan Rakyat.

"Kita tunggulah bila sampai masanya, ...itu sidang dewan, ini lawatan Terusan Sapi," katanya dalam sidang media selepas melawat Ladang dan Kilang Padi di Beluran, hari ini.

Sebaik ditanya oleh wartawan sama ada beliau mengesahkan surat viral berkenaan, Mohd Shafie sempat menjawab ringkas, iya.

Terdahulu, satu surat bertarikh 1 Mei lalu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkaitan dengan permohonan untuk membawa satu usul dan mengemukakan resolusi bagi membuat ketetapan bahawa Ahli Parlimen Langkawi iaitu Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli dewan.

Menurut surat itu juga, permohonan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Difahamkan pengumuman mengenai surat berkenaan akan dibuat esok dan Dewan Rakyat akan bersidang lada 18 Mei ini.

Loading...
Share This