Selasa, 12 Mei 2020

Lelaki mental jatuh tingkat emat Flat Telipok Ria

SEORANG lelaki sakit mental ditemui maut terjatuh dari tingkat empat Flat Taman Telipok Ria, Tuaran, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui dalam terbaring di kawasan parkir.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk yang melihat keadaan mangsa selepas terjatuh.

Katanya, kakitangan perubatan Hospital Tuaran yang tiba di lokasi mengesahkan lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Menurut bapanya, lelaki itu pesakit mental yang dibenarkan keluar dari hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 23 April lalu.

"Dia dikatakan enggan memakan ubat yang dibekalkan pihak hospital selain mendakwa sering terdengar suara mengajak mangsa bercerita," katanya dihubungi.

Menurutnya, tiada unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

Loading...
Share This