Ahad, 17 Mei 2020

Ketua pemuda bahagian ditahan di Kota Belud

SUSPEK dan kenderaannya. FOTO Juwan Riduan
KETUA pemuda bahagian sebuah parti ditahan dalam keadaan khayal berhampiran pondok pengawal, Kem Paradise di Kota Belud, malam tadi kerana disyaki terbabit dalam penagihan dadah.

Suspek berusia 30-an itu ditahan jam 8 malam oleh pasukan polis selepas menerima maklumat daripada pihak tentera di kem berkenaan.

Difahamkan, suspek yang memandu kenderaan pergi ke kem tentera berkenaan sebelum ditahan untuk tujuan pemeriksaan oleh pihak tentera.

Sumber berkata, ketika diperiksa, suspek disyaki dalam keadaan lalok sebelum anggota tentera melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Susulan laporan itu, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bergegas ke lokasi sebelum memeriksa dan menahan suspek," katanya.

Penahanan suspek disahkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan dan memaklumkan kes berkenaan sedang disiasat pihaknya.

Terdahulu, beberapa keping gambar suspek tular di media sosial yang mendakwa dia ditahan selepas positif syabu. - Harian Metro

Loading...
Share This