Ahad, 3 Mei 2020

Covid-19: Sabah catat satu kes baharu, 16 pulih hari ini

KOTA KINABALU: Kes Covid-19 yang dirawat di Sabah semakin berkurang dimana, hanya 44 kes masih dirawat di hospital termasuk empat kes dirawat semula.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, itu adalah statistik terkini kes yang masih dirawat di Sabah.

Untuk hari ini, hanya satu kes baharu Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sabah menjadi 316 kes.

Setelah tiga hari tiada kes dilaporkan, Sabah mencatatkan satu kes baharu di daerah Kota Kinabalu. Kes di daerah ini meningkat kepada 50 kes.

Sebanyak 16 kes yang pulih dilaporkan hari ini dengan bilangan kumulatif kes pulih adalah sebanyak 268 kes.

Sehingga kini, Tawau kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 81 kes termasuk 10 kes aktif. Ia diikuti dengan Kota Kinabalu yang mempunyai 50 kes termasuk 12 kes aktif dan satu kes dirawat semula. Seterusnya adalah Lahad Datu dengan 43 kes termasuk dua kes aktif.

Setakat ini, empat kematian direkodkan di Sabah iaitu dua kes di Kota Kinabalu dan satu kes masing-masing di Tawau, Tambunan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 122 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 6,298 kes. Ia termasuk 4,413 kes yang sudah pulih, setakat ini.

Kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia adalah sebanyak 105 kematian, termasuk dua kes kematian hari ini.

Sebanyak 1,780 kes aktif dengan 27 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 13 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.


Loading...
Share This