Ahad, 31 Mei 2020

Covid-19: Hanya tinggal 12 kes aktif di Sabah

KOTA KINABALU: Kes aktif Covid-19 yang masih dirawat di hospital di Sabah kini hanya tinggal 12 sahaja.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, dengan tiada sebarang kes baharu dilaporkan dua hari berturut-turut, kes aktif di negeri ini semakin berkurangan.

Beliau berkata, tiga kes telah pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih setakat ini adalah sebanyak 329 kes.

Katanya, daerah Tawau mencatatkan empat kes aktif, diikuti dengan Kota Kinabalu dan Semporna yang mencatatkan dua kes aktif, manakala satu kes aktif masing-masing di Lahad Datu, Kinabatangan, Tuaran dan Ranau.

Kes kematian di Sabah setakat ini kekal dengan lima kematian.

Setakat ini, sebanyak 57 kes baharu positif dilaporkan di Malaysia hari ini dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 7,819 kes.

Manakala, terdapat 23 kes yang pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 6,353 kes. Kes kematian di Malaysia setakat ini kekal sebanyak 115 kematian.

Seramai sembilan pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, dua pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. - Borneo Today

Loading...
Share This