Rabu, 27 Mei 2020

Covid-19: 15 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA: Tiada kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, manakala kes baru pula menurun daripada 3 angka kepada 2 angka.

Angka korban kekal pada 115 orang, sementara 15 kes baru dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan 7,619 orang dijangkiti Covid-19 sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata 1,421 pesakit sedang dirawat di hospital dengan 4 daripada 8 orang yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 42 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhannya 6,083 orang sehingga kini.

Loading...
Share This