Selasa, 12 Mei 2020

10 Kes baharu di Sabah kategori kes import

FOTO BES TAWAUFM
KOTA KINABALU; 12 MEI 2020 (Selasa) - Semua 10 kes baharu positif Covid-19 di Sabah dikategorikan sebagai kes import kerana mendapat jangkitan di luar negeri Sabah.

Daripada jumlah itu, tujuh sampel diambil di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Tawau, manakala tiga kes telah tiba melalui Lapangan Terbang Sandakan.

Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi, sebahagian besar daripada 10 kes baharu positif tersebut didapati telah mengingkari perintah kuarantin di rumah, menyebabkan bilangan kontak terdekat yang perlu disiasat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bertambah.

Kes-kes berkenaan melibatkan dua pelajar, seorang kanak-kanak dan selebihnya rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung.

Daerah yang melaporkan kes baharu itu adalah Keningau 2 kes, Lahad Datu (4), Semporna (3) dan Tawau 1 kes.

Loading...
Share This