Ahad, 5 April 2020

Wanita patah kaki dalam kemalangan di Tambunan

KEADAAN kenderaan yang dipandu seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Tikolod, Tambunan
TAMBUNAN : Seorang wanita patah kaki kiri dalam kejadian kemalangan jalan raya di simpang Kampung Tikolod, Tambunan, kira kira jam 5.25 petang tadi.

Mangsa, Bibi Aisyah Siraj, 28 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vigo itu dikatakan terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan.

Image may contain: plant, outdoor and nature
Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Tambunan yang respon kebtempat kejadian.

Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Tambunan menggunakan ambulans.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 6.10 petang.

Sumber/Foto : JBPM Sabah / Berita RTM Sabah

Loading...
Share This