Ahad, 5 April 2020

Tiada kematian akibat Covid-19 di Beaufort

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah menafikan satu mesej tular di media sosial yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort akibat wabak Covid-19.

“Maklumat itu tidak benar,” kata Pengarahnya Datuk Christina Rundi dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular satu mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort disebabkan wabak Covid-19.

Sementara itu, mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah, Dr Christina berkata, sebanyak 10 kes baharu wabak itu dilapor semalam, masing-masing empat kes di Tawau dan Tuaran serta dua kes di Lahad Datu.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 225 kes setakat semalam. - Harian Metro

Loading...
Share This