Selasa, 7 April 2020

Tangkap jika degil beli ikan di SAFMA

ZAINI bersama Habibi (kanan) melakukan pemeriksaan di Kompleks Perikanan SAFMA. Foto Juwan Riduan
POLIS akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap orang ramai yang berdegil membeli barang basah di Kompleks Perikanan SAFMA, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, banyak aduan diterima berkenaan SAFMA dikunjungi ramai orang untuk membeli ikan dan barang basah.

“SAFMA yang beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang hanya untuk pemborong dan nelayan saja. Oleh itu orang ramai diminta mematuhinya selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tujuannya adalah untuk memutuskan penularan wabak Covid-19 ini,” katanya kepada media selepas mengiringi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass melakukan tinjauan ke kawasan Kompleks Perikanan SAFMA, hari ini.

Hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong mengeluarkan arahan sebarang aktiviti menjaja ikan di kawasan tumpuan itu dihentikan serta-merta sepanjang pelaksanaan PKP.

Ia susulan aduan mengenai keadaan sesak dengan orang ramai dan penjaja ikan di kompleks berkenaan setiap hari.

Loading...
Share This