Ahad, 5 April 2020

Sabah catat kematian ke-2 Covid-19 di Tambunan



Ahli Parlimen Keningau, Jeffrey Kitingan.
KOTA KINABALU: Satu-satunya pesakit Covid-19 di Tambunan meninggal dunia semalam, menjadikan jumlah kematian akibat virus itu 2 orang di Sabah.

Ahli Parlimen Keningau Jeffrey Kitingan yang juga Adun Tambunan, mengesahkan perkara ini kepada FMT, mengatakan beliau memaklumkan kepada keluarga lelaki terbabit.

“Hari yang menyedihkan bagi kami dan juga keluarga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kesihatan yang membantu pesakit dan ahli keluarga.


“Kita mesti melihat masalah Covid-19 dengan serius kerana sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus itu,” katanya.

Pesakit tersebut disahkan positif Covid-19 oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan negeri Frankie Poon pada 28 Mac.


Mangsa dimasukkan ke Hospital Keningau pada hari yang sama, menjadi satu-satunya pesakit Covid-19 dari Tambunan.

Difahamkan pesakit itu berkunjung ke Semenanjung sebelum dimasukkan ke hospital dan dipercayai dijangkiti virus itu di sana.

Ucapan menyentuh hati ahli keluarga pesakit Covid-19 di Facebook.
Satu tangkap layar ucapan menyentuh hati dipercayai ditulis anak mangsa di Facebook, dikongsi secara meluas di media sosial di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Christina Rundi belum mengesahkan laporan itu atau memberikan butiran lanjut mengenai pesakit.

Kematian pertama di Sabah dilaporkan di Tawau, melibatkan lelaki berusia 58 tahun, yang menghadiri perhimpunan tabligh Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac.

Sehingga kini, Sabah mencatatkan 225 kes yang disahkan. - Free Malaysia Today

Loading...
Share This