Sabtu, 18 April 2020

Sabah bangun sistem baharu tingkat kecekapan pemberian bantuan Covid-19

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah membangunkan sistem baharu bagi mempermudahkan permohonan dan semakan Bantuan Covid-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong berkata, pelancaran sistem baharu ini akan membantu meningkatkan kecekapan penyampaian Pakej Bantuan Covid-19 Sabah yang diumumkan Ketua Menteri pada 25 Mac lalu.

Beliau berkata, sistem baharu yang dilancarkan pada 15 April itu adalah https://bantuan.covid19.sabah.gov.my.

Katanya, sistem ini akan menggantikan sistem yang dibangunkan dalam fasa pertama sebelum ini iaitu melalui https://wecare.sabah.gov.my.

“Sistem baharu ini telah mengintegrasikan data-data di dalam sistem yang digunakan sebelum ini.

“Pada 10 April, fasa pertama sistem permohonan dan semakan Bantuan Covid-19 dilakukan melalui https://wecare.sabah.gov.my.

“Ia  yang bertujuan untuk membolehkan permohonan daripada warga Sabah dalam kategori B40 yang berada di Semenanjung Malaysia dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Safar juga memberi keyakinan bahawa capaian yang baharu ini tidak akan menimbulkan kekeliruan biarpun data dalam sistem lama dan sistem baharu diintergrasikan.

”Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa keselamatan dan integriti data pemohon yang dikemukakan adalah terpelihara,” jelasnya.

Menurutnya, sistem baharu ini juga diperluaskan bagi membolehkan permohonan dan semakan bantuan Covid-19 Sabah yang meliputi permohonan untuk:-

(i) Warga Sabah Kategori B40 yang berada di Semenanjung Malaysia dan Sarawak;

(ii) Pemandu-pemandu Teksi, Bas, Lori dan Kereta Sewa;

(iii) Petani, Pekebun-pekebun Kecil, Nelayan dan Penternak;

(iv) Porter atau Malim Gunung;

(v) Freelance Tour guide;

(vi) Warga Tua;

(vii) Anak Yatim;

(viii) Orang Kelainan Upaya (OKU); dan

(ix) Ibu Tunggal.


Loading...
Share This