Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Polis jadi bidan sambut bayi lahir tepi pasar dataran todak

KOTA KINABALU: Bagi seorang wanita, pengalaman melahirkan bayi adalah detik terindah sepanjang hidup. Namun, ketika dunia sedang men...

KOTA KINABALU: Bagi seorang wanita, pengalaman melahirkan bayi adalah detik terindah sepanjang hidup.

Namun, ketika dunia sedang menghadapi krisis kesihatan, seorang ibu hamil bukan sahaja terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi harus menempuh detik mencemaskan iaitu terpaksa melahirkan bayi di kawasan Dataran Todak, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam semalam, Pahmah Nastih, 38, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya tidak sempat dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas.

Menurut abang ipar kepada Pahmah, Halilih Ladjahali, 50, Pahmah tiba-tiba mengadu rasa sakit hendak bersalin sebelum dia bersama isteri bergegas membawanya menaiki bot dari Kampung Kasuapan menuju ke jeti pasar besar Kota Kinabalu.

Jelasnya, ketika dia bersama isteri memapah Pahmah menuju ke jalan utama, Pahmah mengadu sakit perut hendak bersalin.

“Isteri saya kemudian menenangkannya dan kebetulan dua anggota polis termasuk seorang anggota wanita yang sedang membuat rondaan terus menghulurkan bantuan.

“Tidak lama selepas itu, isteri saya memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan sambil anggota polis wanita terbabit membantu Pahmah bersalin di kawasan Dataran Todak,” katanya.

Tambahnya, dia dan isteri tinggal serumah bersama Pahmah dan ketika itu suami Pahmah tidak berada di rumah kerana keluar ke laut menangkap ikan.

Sementera itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika kejadian itu, dua anggota polis termasuk seorang anggota polis wanita sedang membuat pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu dan Dataran Todak bagi menguatkuasakan PKP.

“Melihat situasi itu, anggota polis wanita itu kemudian segera membantu dengan ditemani oleh kakak wanita terbabit sehingga wanita itu selamat melahirkan bayinya.

“Wanita bersama anaknya kemudian dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke HWKKS bagi menjalani rawatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau meskipun dalam keadaan PKP, namun menjadi tanggungjawab anggota polis membantu orang ramai dalam keadaan kesusahan lebih-lebih wanita terbabit hendak bersalin dan amat memerlukan pertolongan. - Borneo Today

Ads Place