Jumaat, 3 April 2020

Pertambahan 217 positif Covid-19, 3 kematian hari ini

TIGA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 53 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 217 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 3,333 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 108 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj 60 orang, ini menjadikan 827 pesakit atau 24.81 peratus telah sembuh dan discaj hospital,” katanya.

Loading...
Share This