Sabtu, 11 April 2020

Penumpang bas Tung Ma Keningau-KK pada 14 mac perlu jalani saringan

Penumpang bas Tung Ma Keningau-KK pada 14 mac perlu jalani saringan menurut satu kenyataan Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau
KENINGAU: Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Keningau mengarahkan penumpang yang menaiki bas Tung Ma dari Keningau ke Kota Kinabalu pada 7 pagi, 14 Mac lalu untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Berdasarkan kenyataan PKK Keningau dalam satu paparan di Facebook meminta penumpang supaya menghubungi PKK Keningau di talian 087-336494 atau 014 5689777 secepat mungkin bagi menjalani saringan Covid-19.

Setakat ini daerah Keningau melaporkan empat kes positif Covid-19 daripada jumlah keseluruhan 250 kes Covid-19 di Sabah. Sehingga semalam, tiga kematian direkodkan di Sabah dan 96 kes pulih sepenuhnya.


Loading...
Share This