Ahad, 19 April 2020

Pelajar Malaysia pulang dari Indonesia, dikesan kluster baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan oleh pihaknya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes positif COVID-19 itu dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui KLIA, pada 16 April lalu.

“Kluster berkenaan terdiri daripada 43 pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia,” katanya dalam sidang media, di Putrajaya, di sini hari ini.

Loading...
Share This