Sabtu, 11 April 2020

Lelaki nak ludah PM ditahan

LELAKI berusia 20 tahun yang memuat naik status menghina serta mahu meludah muka Perdana Menteri (PM) di media sosial, Facebook ditahan petang semalam. Foto Ihsan Pembaca
LELAKI berusia 20 tahun yang memuat naik status menghina serta mahu meludah muka Perdana Menteri (PM) di media sosial, Facebook ditahan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, lelaki berkenaan ditahan dirumahnya di Kampung Sungai Kelambu, Banting pada 6.30 petang.

“Pada jam 2.40 petang semalam, kita menerima laporan daripada Ketua Kampung Sungai Kelambu mengenai satu kiriman WhatsApp iaitu tangkapan skrin dari Facebook suspek yang dilihat menghina Perdana Menteri Malaysia.

“Polis kemudian mengesan serta menahan suspek dirumahnya pada 6.30 petang semalam.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu juga didapati positif dadah menerusi ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek akan ditahan reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

Sementara itu, status yang dimuat naik suspek di Facebook menunjukkan rasa tidak puas hati dan suspek mahu berjumpa serta meludah muka PM sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung.

Selain itu, suspek juga bertindak menghina PM dengan kata-kata kesat.

Loading...
Share This