Jumaat, 10 April 2020

Harga Petrol, Diesel Turun Lagi

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel buat minggu ke-6 berturut-turut.

RON95 dan RON97 akan turun 5 sen, masing-masing berharga RM1.25 serta RM1.55 seliter.

Diesel pula murah 12 sen pada harga RM1.46 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok hingga 17 April ini.

Kementerian Kewangan berkata, penurunan harga minyak itu dipengaruhi faktor harga minyak mentah dunia yang masih di paras rendah ekoran penularan Covid-19 yang menjejaskan ekonomi global serta kemerosotan permintaan bekalan minyak dunia.

Loading...
Share This