Rabu, 15 April 2020

Gempa 3.6 magnitud gegar Kunak, Lahad Datu dan Semporna

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi di perairan Kunak berlaku pada jam 4.04 pagi dan 8.27 pagi hari ini
KUNAK: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala Richter menggegarkan Kunak dan kawasan sekitar jam 4.04 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata gempa bumi berkedalaman 10 kilometer (km) itu dikesan berpusat 35 km di timur Kunak.  

Selain Kunak, gegaran turut dirasai di Lahad Datu dan Semporna.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan, namun MetMalaysia akan terus memantau keadaan.

Untuk rekod, kawasan daerah Lahad Datu berdekatan Kunak pernah dilanda gempa bumi terkuat di Malaysia berukuran 5.8 magnitud pada tahun 1976 yang mengakibatkan banyak kerosakan harta benda dan bangunan retak.



DIKEMASKINI:

Sementara itu dalam kemaskini terbaru di Facebook Malaysian Meteorological Department pagi ini melaporkan Gempa bumi lemah yang bermagnitud 3.4 skala Richter telah berlaku di Perairan Kunak, Sabah pada jam 8:27 pagi tadi.

Gegaran mungkin dirasai di Kunak, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.


Loading...
Share This