Selasa, 7 April 2020

Fenomena bulan perigee berlaku jam 2.08 pagi ini

Perbandingan saiz bulan ketika jarak bulan paling dekat dengan bumi yang dikenali sebagai Fenomena Perigee (kiri) dan Apogee (tengah) iaitu ketika jarak antara bulan dan bumi paling jauh. Gambar SNT/Ihsan Penerangan
KOTA KINABALU: Fenomena Bulan Perigee bakal berlaku awal pagi nanti dimana kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Fenomena ini dijangka berlaku pada pukul 2:08 pagi 8 April.

Menurut Profesor Kehormat Universiti Malaya, Jabatan Fiqh & Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin, pada masa itu jarak antara bulan dan bumi ialah 356,908km.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh bentuk orbit bulan yang mengelilingi bumi sedikit bujur (elips) menjadikan jarak antara bumi dan bulan akan sentiasa berubah.

“Lebih lapan jam selepas fenomena Perigee berlaku, bulan akan mengalami satu lagi fenomena iaitu fasa bulan penuh kira-kira pukul 10:35 pagi.

“Walau bagaimanapun, fenomena Bulan Penuh ini kita tidak dapat melihat kerana Bulan akan terbenam pada pukul 6:13 pagi,” katanya.

Loading...
Share This